
Al kisah ini telah diceritakan sendiri oleh al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimim Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari. Berikut adalah antara peristiwa-peristiwa yang benar berlaku di sana.
Peristiwa pertama :
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata kepada Ustaz Zaik bahawa ketika suatu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menmbak dan para pejuang tidak menmbak. Mereka berkata senjata itu tiba-tiba menembak dan berfungsi sendiri dan mengenai sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan. dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu????....Allahu Akbar.
Peristiwa kedua :
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya perpekaian putih sedangkan uniform pejuang berwarna hijau. siapakah yang berbaju putih itu..???
Peritiwa Ketiga :
Tentera Yahudi yang buta menceritakan bahawa setelah serangan, mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa Keempat :
Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri..!!! ia berpatah balik Allahu Akbar!!!..
Peristiwa Kelima :
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israiel.
Peritiwa Keenam :
Yang paling menakjubkan, Seorang Ulamk Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulamak itu berkata "Wahai Rasullah, kemana kamu mahu pergi??., lalu baginda menjawab " Aku mahu berperang di Gaza,!! Masyaallah Rasullah sendiri mahu berperang di Gaza. Dimakah kita???...
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh Ustaz Al-Fadhil Abdullah Zaik yang berada seminggu disana atas misi kemanusiaan>>....Ia adalah kisah benar yang umat islam perlu ketahui..Allahu Akbar..

kau tak join PACE?
ReplyDeletebagus maklumat ni :)
keep on blogging.
bile nak update? entry pertama dh menarik hati!
ReplyDelete